
Total Pageviews
Tuesday, February 1, 2011
Mesir sekarang
ElBaradei tak berhasrat jadi Presiden
![]() |
PARA ulama (berserban) menyertai ribuan rakyat Mesir berkumpul di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. – AFP |
KAHERAH 1 Feb. – Reformis Mesir, Mohamed ElBaradei hari ini berkata, beliau tidak berhasrat menjadi Presiden Mesir tetapi sedia mengetuai kerajaan sementara sehingga pilihan raya dilaksanakan sekiranya itu yang dimahukan rakyat.
“Sekiranya rakyat sebulat suara mahu saya mengetuai kerajaan sementara, saya sedia melakukannya,” kata aktivis demokrasi itu kepada akhbar Britain, The Independent hari ini.
Elbaradei yang muncul sebagai tokoh pemimpin pembangkang utama Mesir turut mengulangi desakan supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan jika mahu selamat.
“Apabila sesuatu rejim mengundurkan polis dari jalan-jalan, apabila pasukan polis dicemari samseng, cuba memberi gambaran bahawa tanpa Mubarak negara akan bergolak, ini adalah satu tindakan jenayah. Seseorang perlu bertanggungjawab.
“Orang ramai kini bukan sahaja menuntut pengunduran Mubarak. Mereka mahu beliau dibicarakan. Sekiranya beliau mahu selamat, Mubarak perlu berundur menjelang hari Jumaat ini,” katanya.
Sementara itu, Parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada perjuangan ElBaradei dan menyokong pemimpin pembangkang itu bagi mengetuai kerajaan perpaduan Mesir.
Parti tersebut menerusi kenyataan yang dibuat di laman webnya hari ini berkata, ia juga tidak mahukan jawatan kepimpinan dalam kerajaan baru nanti, sebaliknya hanya akan memberi sokongan kepada kepimpinan akan datang.
“Kemahuan kami adalah kehendak rakyat. Kita perlukan satu rejim baru sekarang.
“Kami menghormati Elbaradei. Beliau adalah individu paling berpotensi untuk mencapai hasrat ini,” kata ketua cawangan Ikhwanul Muslimin di utara Kaherah, Helmi Gazzar.
Ikhwanul Muslimin dalam pada itu berkata, pihaknya kini sedang berbincang untuk menubuhkan satu jawatankuasa politik dengan Elbaradei bagi rundingan dengan pihak tentera.
Parti itu malam tadi turut menyeru tunjuk perasaan diteruskan di seluruh negara sehingga Mubarak tunduk kepada desakan meletak jawatan.
Wednesday, January 26, 2011
Ikan Baru
Salaam semua....gembiranya dpt ikan baru : IKAN PUYU....huyuu tu diaaa melompat2 dlm akuarium!!!! tekojut den...kuatnya diorg (org ke? haha)...selama ni ada 4 eko pelaga.....cantik2 tp semalam mati yg last after mati sekor2...xtaw sbb pe....kwn yg bg ikan puyu pg td kata wat pe la bela pelaga (dia kata bwk antu tawww....ye ke???? eee).....so bila dia bg ikan puyu (sbb mmg tgh dok pikir pe la nk isik lam akuarium tu) aku pun amik je laaa....hepiiiiiiiiii........!!!!!! rumah ada penyeri sbb we all serumah mmg LOVEEEEE IKAN :)
Fasha Artis Paling Top Awal 2011
Hmmm dalam awal tahun ni pada i la, Fasha artis paling top...selain lakonan dia yg best (terkini Samson Delaila kat TV3), ulangan siaran di TV3 kisah mcm si Tanggang tu (ngan Ady Putra)....kisah cinta dia pun i baca gak ....tp berita latest dia putus dgn Jejai tu....sgt xsangka....apa pun Fasha tetap laku di awal tahun ni kan????
Tuesday, January 25, 2011
Next week upload foto lagi
Saya baru start balik belajar blogging sejak habis epjj degree last Oktober...tu yang seronok nk bisnes n nk upload foto produk...next week cuti whole week!!!!!BESTNYAAAAAAAAAA!!!!!!!! Selamat Hari Wilayah (1.2) n Happy Chinese New Year (3-4.2)
Monday, January 24, 2011
Francisca Peters Konsert
Hubby will be busy setting konsert items next 1.2.11 .....konsert Fran....nk pegi ke tak ea????
Best3!!!!!
Salaam semua....bizinye i lately....bisnes offline membuatkan ku bizi....byk tudung baru in stok dh terjual...alhamdulillah....lom sempat nk upload foto kat sini....sikit hari lagi ye sayang semuaa..tungguuuuuu....I love RM...tq to RM :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
