Huhuhu....hubby bizi 2hari ni set up utk concert Maher Zain kat Shah Alam....xpegi skali sbb byk urusan rmhtangga time2 cuti ni la nk kemas2 my homesweethome@P14putrajaya, groceries dh byk abes.....so esok pegi alamanda belibelah byr bills....dh byk kali gak hubby incaj setting sound system utk Maher ni...tp malas nk ikut sbb makan hari ...xsanggup nk tolong hihi...even teringiiiiiiin nk jumpa Maher....ekceli 2 ank Zain i minat :
Anuar Zain ngan Maher Zain...........
Total Pageviews
Thursday, February 24, 2011
Wednesday, February 23, 2011
Shawl Rose Hitam dan visa kak long
Salaam semua...sy doakan semua di dlm peliharaan Allah. Hari ni ke ofis bershawl rose warna hitam. Serba hitam sy hari ini (baju batik pun kaler hitam) mungkin kerana xgembira. Semuanya gara-gara masalah visa k.long yg sdg belajar di pondok Gontor Putri 1 (semua seronok bercuti sampai xperasan la ni ...). Setelah rehat 10hari di rmh, k.long n ain balik semula ke pondok, tetapi k.long diminta imigresen Solo agar pulang semula untuk mohon lanjutkan visa dia yg tamat 28.2.2011. Setelah 4tahun belajar di sana, ini kali pertama urusan visa kena buat kat Malaysia n it is without notice....as parents terkejut la sbb selama ini pihak sekolah yg urus...tp dh setel beli tiket one way k.long balik tadi : 1.3.2011 etd 1240pm solo city eta 1600pm lcct....seminggu kot kat rmh lagi...tertinggal lagiii pelajaran k.long...sayangnya alahai ankku.......Allaaah sabarkan kami semuaa....kurniakan kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan semua ank2ku Ya Allah Ya 'Aliiim....amiiiin
Monday, February 7, 2011
Cer Citer, Cer Citer
Malam tadi tengok lagi HKLBR.....masih ketawa2...n sebenarnya ketawakan diri sendiri?/budaya org Malaysia? Filem seperti ini sebenarnya mengajak kita berfikir dalam tawa....tapi mahukah rakyat Malaysia berfikir melalui filem?
Sunday, February 6, 2011
Tuesday, February 1, 2011
Mesir sekarang
ElBaradei tak berhasrat jadi Presiden
KAHERAH 1 Feb. – Reformis Mesir, Mohamed ElBaradei hari ini berkata, beliau tidak berhasrat menjadi Presiden Mesir tetapi sedia mengetuai kerajaan sementara sehingga pilihan raya dilaksanakan sekiranya itu yang dimahukan rakyat.
“Sekiranya rakyat sebulat suara mahu saya mengetuai kerajaan sementara, saya sedia melakukannya,” kata aktivis demokrasi itu kepada akhbar Britain, The Independent hari ini.
Elbaradei yang muncul sebagai tokoh pemimpin pembangkang utama Mesir turut mengulangi desakan supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan jika mahu selamat.
“Apabila sesuatu rejim mengundurkan polis dari jalan-jalan, apabila pasukan polis dicemari samseng, cuba memberi gambaran bahawa tanpa Mubarak negara akan bergolak, ini adalah satu tindakan jenayah. Seseorang perlu bertanggungjawab.
“Orang ramai kini bukan sahaja menuntut pengunduran Mubarak. Mereka mahu beliau dibicarakan. Sekiranya beliau mahu selamat, Mubarak perlu berundur menjelang hari Jumaat ini,” katanya.
Sementara itu, Parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada perjuangan ElBaradei dan menyokong pemimpin pembangkang itu bagi mengetuai kerajaan perpaduan Mesir.
Parti tersebut menerusi kenyataan yang dibuat di laman webnya hari ini berkata, ia juga tidak mahukan jawatan kepimpinan dalam kerajaan baru nanti, sebaliknya hanya akan memberi sokongan kepada kepimpinan akan datang.
“Kemahuan kami adalah kehendak rakyat. Kita perlukan satu rejim baru sekarang.
“Kami menghormati Elbaradei. Beliau adalah individu paling berpotensi untuk mencapai hasrat ini,” kata ketua cawangan Ikhwanul Muslimin di utara Kaherah, Helmi Gazzar.
Ikhwanul Muslimin dalam pada itu berkata, pihaknya kini sedang berbincang untuk menubuhkan satu jawatankuasa politik dengan Elbaradei bagi rundingan dengan pihak tentera.
Parti itu malam tadi turut menyeru tunjuk perasaan diteruskan di seluruh negara sehingga Mubarak tunduk kepada desakan meletak jawatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)